Sunday, March 21, 2010

Lawatan dari rakan ternak

Hari sabtu baru ni, aku telah menerima lawatan daripada Abg Mizie, iaitu seorang pengusaha ladang timun yang cukup berminat dalam penternakan ayam kampung..walaupun sekejap tetapi banyak jugak yg kami bualkan.

sebenarnya aku harus berterima kasih kepada Abg Bedin kerana dengan usahanya jugalah aku kenal ngna Abg Mizie..Abg Mizie baru sahaja memebeli satu incubator auto dari abang bedin..niat asal beliau adalah untuk menternak ayam kg dan dijual pada usia remaja..namun begitu, malang tidak berbau, pada pg sabtu sebelum beliau datang ke rumahku, anak ayam yang diperolehi daripada hasil incubator manualnya telah mati dimakan oleh anjing. semuanya 19 ekor dan dah mencecah usia sebulan..cantik2 ayamnya..sedih dan pilu aku melihat keadaan ayam-ayam beliau (die ade tunjuk gambar kat enset bangkai anak ayam 2)..

Kemudian terus die ubah rancangan untuk jual anak sahaja..dan sbg permulaan, beliau akan menghantar atau menjual anak-anak ayam tersebut kepada aku dan aku akan tolong beliau untuk memasarkan ayam tersebut.seronok rasenye bila orang melayu dah mula bangkit kerana sebelum ini, walaupon di Pantai timur ramai org Melayu, tetapi tiada seorangpon org Melayu yang berani menjadi pembekal kepada anak aym kampung ni..x kire la kacuk atau ori..

Aku juga sungguh kagum melihat Abg Mizie yang tidak berputus asa untuk menjalankan projek ini..walaupon beliau hanya mempunyai 10 ekor induk sahaja dan pengeluaran telur dan anak terhad, anmun beliau tetap gigih untuk mencuba..bak kata org, biarlah gagal dalam percubaan daripada gagal untuk mencuba..hehehehehe

seperkara lg, beliau juga ingin membeli ibu ayam untuk dijadikan baka..kepada sesiapa yang ade ibu ayam yang hendak dijual, bgtau aku supaya aku dapat tolong Abg Mizie..aku akan amek dari sekitar selangor kalau ade sb b aku keje kat putrajaya je..hehehehe

sekian shj...tq abg mizie sbb sui datang uma sy..

No comments:

Post a Comment