Sunday, February 28, 2010

Lawatan dari Abang Bedin

Alhamdulillah..Sabtu lalu aku berjaya juge mengatur pertemuan dengan pembuat incubator milik aku iaitu Abg Bedin..lokasinya adalah di rumah buruk aku ni..pada mulanya mmg agak keberatan untuk mengajak tetamu ke rumah..bukannya apa..rumah aku serba kekurangan dan tak cantik..hehehe..tp abg Bedin x pedulikan semua tu..hehehe..Thanx Abg Bedin..

Tujuan Abang Bedin ke rumah aku adalah untuk memberikan sedikit penerangan kpd seorang pembeli Incubator abg bedin di Kuantan. Pertemuan ini dirancang oleh Abg Bedin. Sebenarnya ada 2 org lagi rakan aku yang berminat untuk menyertai lawatan abg Bedin ni..tp kerana ada tugas lain, mereka terpaksa membatalkan niat mereka..Sekitar jam 2.30, abg Bedin dan En Din telah sampai ke rumah buruk aku..mengelabah gak wat air..hehehe..maklumla..mak g kenduri la plak..then kami terus menuju ke tempat aku letak incubator iaitu bilik study ku dulu..sekarang kosong je..xde org gune pon..hehehe..so aku letak la incubator berkapasiti 300 biji telur yang aku beli kat abg Bedin dulu..letak kat luar rumah kang x pasal2 kene rembat plak..hehehe..

bile tengok incubator dalam bilik, terkejut beruk En Din..die hairan aku letak dalam bilik je incubator tu..aku pon cakap la, kalu ltk kat lua, kene curi le jawabnye..selepas itu aku, Abg Bedin dan cik Din duduk berbual dan berbincang..Abg Bedin mencadangkan supaya aku, Cik Din dan penternak lain di Kuantan membuat satu jaringan penternak di Kuantan..satu idea yang telah lama aku usahakan namun masih belum membuahkan hasil..bukannya apa, aku telah cuba beberapa kali membantu penternak lain mencari pasaran dan membentuk jaringan penternak namun tiada komitmen yang diberikan..aku juga sedang berusaha untuk membentuk satu persatuan penternak Ayam yang terdiri daripada pelanggan dan pembekal anak aym di Kuantan namun kesuntukan waktu membataskan pergerakan aku..sekaramng cuma ade 3 hingga 4 org yang begitu komited untuk mnjayakan rancangan aku ni..insyaalah..aku akn membantu segala yang terdaya..

Berbalik kepada lawatan abg Bedin dan En Din, selepas lebih 3 jam berbual, kami melawat reban aku..skali lagi aku terasa segan dan malu kerana reban aku yang menggunakan sistem flock yang dicadangkan oleh Abg Bedin semasa aku membeli incubator dulu tidaklah secantik mana..maklumlah, kesuntukan masa menyebabkan adik aku tidak dapat menyelia reban tersebut dengan baik..tetapi aku cukup berbangga kerana adik bongsu aku yang suatu ketika dahulu tidak mahu menyentuh ayam langsung berusaha gigh untuk menjayakan projek ini..dialah nadi kepada projek aku ni..kalau xde die, susahla..aku balik seminggu sekali je..thanx Am..

Kemudian, Abg Bedin dan En Din meminta diri..aku sangat berterina kasih kepada Abg Bedin dan En Din kerana sudi datang ke rumah aku yang tidak eberapa ini..kat bawah adalah post abg Bedin mengenai lawatan beliau ke rumah aku..

Sunday, February 28, 2010


Sebenarnya Ramai Juga Rakan Penternak Unggas Di Pantai Timur



Selamat berkunjungan ke Blog Medanusahawan teman-teman sekelian!





Eh! Anda memang nak ke site ini ke atau memang anda terlepas ni? Samada anda tak sengaja terdampar di laman ini atau memang anda sengaja menjengah, kedua-duanya saya terima. Meh sini kita kongsi apa yang patut!





Hahaha! Kali ini kita kongsi cerita pasal apa ek???...Pasal apa lagi kalau bukan pasal inkubator.





Saya sekarang berada di Terengganu Darul Iman. Semalam saya seharian berada di Kuantan, Pahang setelah bertolak seawal jam 8 pagi dari Puchong, Selangor. Maklumlah menaiki kereta murahan tidak sama dengan menaiki kereta berkelas Eksekutif seperti Mercedes, BMW atau Honda Accord. Jadi kena lah bertolak awal-awal, kalau tidak, mana dan nak jumpa pelanggan. Apapun, aku masih berterima kasih kepada cabut ini, dengan sebab cabutnyalah aku boleh pergi ke mana sahaja di seluruh Malaysia tanpa ragam. Tiada masalah.









Destinasi yang pertama ialah untuk bertemu seorang pembeli inkubator baru bernama En. Jamaludin yang berkerja di Sekolah Menengah Sains Kuantan. Tetapi semalam hari cuti, jadi terluanglah masa untuk bersembang2 pasal ternakan ayam. Sekali dilihat tidak pula macam penternak ayam En. JAmaludin ni. Hensem semacam jer, orang pejabat katakan! Yang herannya sempat pula dia menternak pelbagai ayam. Baru sahaja di menjual ayamnya berjumlah 400 ekor. Wow! Tulah kata orang bijak pandai. Dont just judge the book from the cover.





En. Jamaludin mempunyai ternakan hampir 2,000 ekor ayam, sebahagian besarnya ialah ayam kampung (orang luar panggil ayam sabung/laga). Tapi bagi kita di Pantai Timur ini, inilah ayang dikatakan sebagai ayam kampung. Ayam laga, tetap ayam laga juga. Hampir keseluruhan 2000 ekor ayam itu dilepas di kawasan yang berkeluasan hampir 3 ekar setengah. Cuma di akhir-akhir ini kata En Jamaludin (aku panggil Abang Din saja) berkata telor ayam sekarang ini susah sikit untuk menetas. Tak tau sebab sebenarnya. Akan tetapi dia telah terbuka hati untuk menggunakan penetas telor yang berfungsi automatik. Dia terjumpa blog medanusahawan setelah dia menyuruh anaknya membuat google search. Lantas dia melewati blog medanusahawan dan kami merancang untuk berjumpa di Jaya Gading.





Kenapa Jaya Gading Kuantan? Kerana aku ada seorang pemilik inkubator Niche MI-103 di situ iaitu En. Farizul. Jadi aku telah membuat temu janji untuk berjumpa Farizul sambil memperlihatkan kepada En Jamaludin inkubator yang sebenar. Terperanjat En. Jamaludin setelah dia melihat inkhbator MI-103 ini hanya diletakkan di dalam salah satu bilik tidur di rumah keluarga Farizul begitu bersahaja. Macam tak percaya En Jamaludin. Dia menjangkakan inkubator itu sesuatu yang komplikated, maka ianya akan disimpan di kawasan reban. Sebenarnya En. Jamaludin sudah menempah 2 set inkubator Model MI-103 dan aku berjanji untuk menghantar 2 unit tersebut pada hari Khamis 4hb Mac 2010. Penghantaran ini juga akan disekalikan dengan pesanan yang dibuat oleh En. Farizul sendiri iaitu 1 set inkubator model MI-203 dan satu set Hatcher Model HM-105.





Asalnyanya aku tiba agak awal di Jaya Gading. 2 jam lebih awal berbanding dengan masa yang aku janjikan iaitu sekitar jam 12:30 tengahari. Jadi aku pun pegi makan dahulu (sebab belum brekfast lagi), dan setelah itu berhenti untuk solat di Masjid Al-Makmur Kuantan. Bagus masjid tu, sejuk dan nyaman di dalamnya.





Semasa pertemuan tersebut, Farizul bertemankan adik bongsunya (form six student). Semuanya minat ayam. Orang tuanya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin. Kami sempat bertukar2 fikiran dan pandangan berkaitan kebaikan, kelemahan dan juga perkara-perkara baru yang perlu untuk dibuat nilai tambah. Pelbagai! Kami juga secara sepintas lalu dan secara rawak berbincang beberapa pendekatan untuk kita saling mengenali antara penternak-penternak unggas yang berhampiran di sekitar Kuantan. Rupa-rupanya ramai lagi yang berkecimpung dalam bidang ini. Cumanya pendekatan mesti diambil dan diolah untuk membolehkan jaringan penternak unggas yang lebih tersusun.





Sering apabila kita berbincang ada saja sesuatu yang baru. Ada pihak sentiasa terlebih stok, manakala sebahagiannya pula sentiasa tidak cukup stok. Permintaannya agak tinggi dan sesetangahnya menghadapi maslah penjualan samada anak ayam atau ayam dewasa yang terlalu murah, iaitu di bawah harga pasaran. Perkara inilah yang mesti dikawal, supaya tiada elemen-elemen cantas mencantas antara satu sama-lain.





Tetapi siapakah yang akan mempedulikan perkara-perkara sedemikian?





Setelah pertemuan berjalan hampir 3 jam, masa untuk kami berpisah telah. Terasa segan pulak, dah Orang muda ni bersusah payah menjamu air untuk kami mebasahkan tekak, emak pula sibuk memasak mi goreng lagi untuk kami. Lepas itu En Farizul membawa kami melawat reban-reban yang terdapat di sekitar rumah orang tuanya. Orang tuanya pun ikut sekali. Bagus orang tua Farizul, suka sembang dan nampaknya sungguh memberi galakan kepada Farizul. Antara yang paling aku minati ialah melihat ayam-ayam Arab. Ayam-ayam Arab itu dibekalkan oleh Pak Teh. Itulah pertama kali aku kenal ayam arab. Jangkaan aku selama ini Ayam Arab tu besar saiznya. Ternyata meleset.





Aku dan En Jamaludin meninggalkan rumah Zul dan ayam-ayamnya dengan satu harapan. Harapan untuk melihat penternakan ayam kampung Farizul menjadi semakin hebat dan juga Fariuzl dapat membantu membuat jaringan penternak memandangkan Farizul terselah sekali dapat mengawal harga pasaran selaras dengan harga pasaran yang di luar sana. Barulah seimbang. Tidak seperti bapa saudara aku yang menjual harga ayam Belandanya dengan harga yang begitu murah.





Aku minta maaf. Bukan niat aku untuk memaksa penternak menjual dengan harga yang mahal-mahal, akan tetapi keselarasan harga. Sekiranya terlalu murah, bukan sekadar merosakkan harga pasaran, malah, dalam jangka masa panjang, penternak akan menghadapi masalah. Masalah ini tidak mungkin timbul diperingkat awalan.





Pun begitu, aku bersyukur juga, kerana aku telah melihat banyak pembaharuan minda telah berubah di kalangan penternak. Mereka telah membuat anjakan paradigma yang sepatutnya dalam mendepani pelbagai cabaran penternakan untuk mereka bersaing di pasaran terbuka. Sudah tentu menggunakan operasi automatik akan lebih meningkatkan produktiviti. Tambahan pula aku memang telah pun mempertingkatkan kualiti pembuatan mesin penetasan telor keluaran aku ke tahap yang cukup meyakinkan.





Yang pasti usaha aku tidak akan berhenti di sini. Akan aku pertingkatkan lagi usaha untuk lebih berinnovasi dan berteknologi. Aku sudah bariskan beberapa produk untuk diketengahkan kepada penternak. Hanya masa sahaja yang menentukan.





Aku kepenatan! Aku bersaorangan! Tapi sekurang-kurangnya penat aku semakin terubat setelah aku mempunyai seorang rakan yang boleh dipercayai yang membantu aku membina dan membuat inkubator ini. Sudah tentu isanya di Pantai Timur, di Terengganu

Sunday, February 21, 2010

Reban Baru laaaa...

hehe....cam aku tulis kat post sebelum ni, cti seminggu rase cam x cuti je..banyak mende yang nk kene wat..dalam banyak2 benda 2, aku, angah n towkey wat reban baru..hehehehe..simple je reban ni..ade due petak..satu petak ukuran lebih kurang 7x6 kaki je..hehehehe..

Bahan2 lagi ler senang..berikut adalah senarai bahan yg aku gunakan untuk wat reban:

1) kayu hutan = free..cari sendiri..punye la penat..da la panas time cari kayu 2..hehehehe

2) Zink 7 kaki 9 keping = RM1.80x7x9 = RM113.30 (betul ke? hehehe)

3) Jaring ikan 2kg = RM 16x2 = RM 32 (pakai sket je..banyak lebih lagi)

4) Jaring pagar hijau 4 kaki = RM 50

5) Paku zink and paku2 lain =RM 25 rasenya..

so sme RM 220 untuk due bilik reban..ok lere tu kan? Kat bawah gambar kitorang bertukang..hehehe


aku ngan angah berbincang sesuatu..macam ader silap je reban ni..hehehe..jangan glak ek tgk reban ni..due2 pon xde basic bertukang..sorang de ijazah undang2 n sorang de diploma mekanikal..sorang lagi yang amek gambo ni STPM (TOWKEY la sape lagi..hehehe)

tgk pnye tgk rupe2nya alang atap salah pasang..kena bukak balik..hehehe

tadaaaaa..setelah bersusah payah 2 hari, akhirnya siap gak...cun gak kan? hehehe

gambar dari belakang..kain tu wat tutup tempias..silap bli zink..patutnye 8 kaki..hehehe

akhirnya dapat gak ayam arab aku reban sendir...selame ni dok reban kecik je..sowieee...

seronoknye de rumah sendiri!

jalan2 tgk uma baru

besar gak uma kite ni yek?

huh..sape lak yang amek2 gambo bini aku ni? flying kick kang!

gambar dari depan

ni pon..ingat nk wat lagi sebijik camni berdepan dengan yang ini..hehehe..baru kemas

die ni lagi..

jiran ayam arab..kg ori ler

apesal cam laen je ni? semalam dok kat tempat laen rasenye..

baru la rase bersih sket..reban lame kureng sket..hehehe

kokokan sang juara

so ni la rupe reban baru dan penghuni2nye...hehehehe...



Penjantan baru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Fuhh..ble ingat balik, banyak tul yang aku wat time cuti seminggu baru ni..hehehe..antaranya ialah jalan-jalan cari ayam..hehehehehe..

bukan pe, aku kne cari penjantan ayam ori memandangkan penjantan lama da tue n penjantan botak yang aku gune sebagai pengganti terlalu besar dan berat..abes luke2 badan ayam betine..so kne cari ayam laen ganti die..

so mak aku pon kol la membe die yang ader bela ayam..bincang pnye bincang, aku, angah n mak g la uma die..bile sampai, mak ai banyaknye ayam die!!!!!!! hehehe.. macam macam ade..serama, sabung, kacuk, ori, kacukan hutan, seme ader.

pas g reban die, die tunjuk due eko ayam jantan..same je rupe die..cam ayam hutan sket sebab ade putih kat telinge die..die kate keturunan ayam hutan..aku pon terkam la seko yang mude..seko lagi tu tue sket sebab taji da panjang..hehehehe..

lupe lak nk cite..yang jg ayam ni bukan membe mak, tp anak die..so kitorang dok ler sembang pasal ayam sket..hehehehe..sembang punye sembang, rupe-rupenye umur die same ngan aku..lg la seronok bersembang..

kitorang bukan cakap kosong je tp cube membina jaringan perniagaan..die da setuju nk supply telur ayam kat aku n pas menetas, die akan beli balik dari aku..hahahaha..kan da bertambah pelanggan aku tu..hehehe..alhamdulillah..

kat bawah ni gambar ayam tu..so sape yang tau bake ape ayam ni ley la bagitau aku..hehehe..rase cam kacuk ayam utan je..x kesahla asalkan jantan..tp angah kate cine x sk ayam hutan cam ni..btol ke? confius den..

tengah berkokok selepas menang bertempur nagn bute..datang2 je terus belage ngan penjantan kacuk kau..tapi berjaye diredakan..hehehehe

gambo ni clear sket

ngan betine kg ori aku..hehehe

Baka Baru!!!!!!!!!!! Ayam bulu balik..

huhuhu..hepi je nk tulis post kali ni..aku da dapat seko ayam bulu balik!! cne aku dapat? mai bace sampai abes..hehehe..

Cuti raye cine baru ni aku amek 3 hari xtra..reason? nk balik kg tengok tapak rumah merangkap tapak projek yg baru..so ari rabu lpas, berangkatla aku ngan parents aku dan tokey ayam (adik bongsu aku da tukar name..bukan pe..die la yang uruskan ayam kat uma n segala urusan jual beli ayam kalau aku xde..hehehe..so aku panggil die tokey..siap da wat cop name die lagi kat resit..name die lak 2..tp num phone aku..cittt..)

So mase kat kampung, g la tgk site..then pas tgk site rase kecewa yang teramat..kecik sangat kawasannye..dlu janji satu lot suku ekar..skang tetibe da jadi 3 ekar dibahagi kepada 8 lot..bahagian yang mak aku bli cme setengah LOT!!!!!!!!!!! hmmm..ngan sedare pon nk cekik ke? manusia mcm ni la..

so selepas hampa, kitorang terus balik uma nenek aku n terus pack barang untuk balik ke Kuantan..tetibe mak aku ajak g uma sepupu die..dekat je..x sampai 30 langkah pon..saje nk mengendeng ayam die..hehehe..so nampak seko ibu bulu balik..nk mintak la anak die..godam punye godam dalam reban rupenye xde!! hampa lagi..

tetibe dengan izin Allah, seko anak bulu balik datang n patuk kaki aku kat luar reban..ape lg..tangkap!!!!!!!!!!!..tu la..kalau Allah nk bagi rezeki, x kemane..dapat seko betine..hehehe..pas2 die bg seko lg jantan tp ayam kg biase..sambar jugak le..da bagi kite amek ye x? hehehehe..bayaran? free je..hehehe..kat bawah ni gambar awek tu..hehehehehehehe


amacam? cun x? hehehehehehehe

Tuesday, February 9, 2010

Pembesaran Business dan Pelanggan Tetap

Hmmm..ku sedang berkira-kira untuk memperbanyakkan pengeluaran anak ayam kampung bg memenuhi prmintaan setempat yang semakin meningkat..baru-baru ni seorang pelanggan menyatakan kesanggupannya untuk memborong kesemua anak ayam aku setiap kali penetasan..fuh..x boleh jd ni..

Untuk perkara diatas, aku telah mengambil beberapa langkah;
1) menempah inkubator yang berkapasiti lebih besar (lps ry cine dapat ler)
2) telah memperolehi sumber untuk mendapatkan telur ayam ( kat banting n di gambang, Kuantan)
3) menambah induk ternakan
4) menambah reban dari semasa ke semasa
5) membeli kenderaan yang sesuai untuk proses penghantaran ayam (ade sekali 2, org dari Putrajaya nak anak ayam..so how? perjalanan jauh kot..3 jam  hingga 4 jam..mau mati anak ayam tuh..hehehe..so terpakse tolak secara baik n tolong promote rakan ternak kat Selangor).

so..dengan persediaan di atas, insyaalah selepas ry cine ni, pngeluaran anak ayam dijangka 1500 ekor setiap 3 minggu dan dijangka dapat jika tidak memenuhi permintaan pon, harap dapat cover sikit jadilah..harap2 selepas ni mungkin beli lg incubator sampai pengeluaran anak ayam mencecah 5000 ekor setiap 3 minggu..aminnn..

wat masa sekarang modal x cukup lg so kne wat slow2..lagipon biz ni aku wat untuk angah..aku nk tolong die supaya berjaya n tutup mulut org yang selame ni pandang rendah kat die..mentang-mntang di diploma je..pandang hina kat die..so da jd tanggungjawab aku sebagai abg yg sulong tolong die n jadikan biz ni sebagai biz family..wasalam...

Thursday, January 28, 2010

Kejap je licin..TQ

Hehehe...aku nrase baru je 2, 3 hari aku iklankan kat mudah pasal anak ayam yang orang x jd nk amek 2..semalam adik aku cakap da ader orang bli..so aku tutup je la tawaran kat bawah ni yek..hehehehe..yang tinggal cme ade belas2 eko lagi..2 pon yang baru menetas dan yang x berapa sihat..kepada pembeli-pembeli anak ayam tersebut, aku ucapkan jutaan terima kasih dan mengharapkan agar dapat berurus niaga dengan kalian di masa akan datang..TQ.

Wednesday, January 27, 2010

Langkah berani????? Hmmmmmmmmmmm......

hahahaha...saspen x tajuk ni..hehehehe..nk tau pe yang berani? tungguuuuuuuuu.......

camni citer die..semalam aku telah mengambil langkah berani dengan membeli telur ayam kampung dari cikgu Shanmugam dari banting..buat permulaan die kasik 114 bijik ngan harge RM 57..katenye telur-telur tersebut dalam 3,4 hari baru..

senang jer rupenye nk cari banting..nk pergi x sesat pon!! hebat x??!! hahahahaha..bile sampai opis cikgu Shan, terus dengar die citer pasal ladang ayam die kat Pekan..die ternak mcm2 jenis ayam termasuk sabung, kg ori dan kacuk..dan telur-telur yang aku beli pon terdiri daripada jenis-jenis yang aku sebutkan td..hehehehe...ayam belande pon die ader..die kate boleh la nanti g ladang die kat Sepang..bestnye kalo ley g..tgk la nanti kalo ader cuti..

then aku pon balik la menuju Putrajaya..Jeng2..pengembaraan bermula..2 kali aku sesat..mle2 terlepas simpang dengkil..bile perhatikan btol2 jalan tu mula aku terfikir..npe laen je jalan ni..rupe-rupenye aku da menuju ke Kelang..so patah balik..alhamdulillah, jmpe simpang ke Dengkil..then dr dengkil nk ke Putrajaya pon sesat gak..clap msk simpang..tp last2 jmpe gak r jalan  balik..hehehehe..

Then yang lg beraninya, aku da tempah dalam 350 biji telur ayam kampung dr die n aku akan ambil 11hb febuari ni..hehehe..harap2 berjaya la..

Lg 1, semalam aku iklankan anak ayam kat bwh ni dalam Mudah..alhamdulillah..da ader 2 orang yang datang beli..walaupon beli sikit, tp xpe la..rezeki kan? hehehehe


Monday, January 25, 2010

Gambar terbaru ayam-ayam aku

Mase balik semalam, sempat gak r aku snap gambar ayam-ayam aku ni...tp x semua laa..yang dekat2 je aku amek..hhehehehehe..saksikan la sendiri..


ni jer yang tinggal dr 4 ekor adik beradik die..


ni tggl 4 ekor je





ayam dalam reban pertama


Dalam reban kedua


ubat cacing..Beli kat Jabatan Haiwan Kuantan


Ubat selsema beli kat Pejabat Haiwan Kuantan


Ubat sakit mata pon be;li kat tempat yang sama


ubat anti-stress beli kat jabatan Haiwan Tapah


beli kat Tapah gak ni..antibiotik


Jarum suntikan..hehehe..tp xder jarum pon..


ayam ni sakit..selsema teruk..so kuarantin!!!


anak ayam yang orang x jd amek..ader la dalm 80 eko..hampeh btol..kalo xde orang nk beli terpakse bela sampai besar..lgpon umur da nk msk sebulan..tp masalahnya da campur ori ngan kacuk plus botak..yang botak dapat la kenalpasti tp yang ori n kacuk??? hehehe








80 ekor ni aku jual bese RM 2.80 tp sbb da tercampur aku jual RM 2.50 je la..kontek aku kalo nk..tp kena amek sendiri la..transport xde coz aku kat Putrajaya..amek kat umah aku n deal ngan adik aku..sekian...

Sunday, January 24, 2010

Rancangan untuk berpindah.

hmm...Baru-baru ni aku balik ke Kuantan ngan Angah..Angah dr Tapah and aku dr Putrajaya..so bile sampai ke rumah, kitorang pon wat family miting ngan all the family members..mak cadangkan yang kami berpindah ke Slim River iaitu kg kitorang..kat sane mak ade tanah dalam suku ekar yang mana boleh wat umah n ladang kami nanti..mak jugak bercadang untuk beli lagi suku or setengah ekar tanah kat kwsn tu yang dimiliki oleh makcik dan sepupu aku..

Hmm..Sebenarnya aku kurang setujnu ngan perancangan malk tu atas beberapa sbb:

1) Kwn2 aku ramai kat Kuantan
2) da lame dok Kuantan
3) Kat Perak kena bersaingan ngan tokey Cine yang ader modal besar
4) pasaran pn x tahu lagi mcm mane


Tp bile pikir dalam2, last aku setuju atas beberapa sebab...

1) Tanah sendiri..kat Kuantan umah sewa je..
2) Wat rumah terus..x payah bli tanah dah..
3) Angah dekat je nk balik..Tapah ngan Slim River bukannya jauh..45 minit je..lgpon projek ni mmg aku nk wat untuk angah pon..
4) Aku pon dekat je nk balik Kg..hahahaha
5) Kwsn yang sangat sesuai untuk bukak ladang..

So raya cine ni nk g tgk tanah n trus wat umah...bile da siap, wat reban n tanam la pape yang patut..tp next year baru boleh pindah sbb adik bongsu aku still sekolah n STPM tahun ni..X sabar nk bukak ladang yang betul!!!!! hehehe

Penghuni baru!!!!

Huh..lame btol x update..bz giler sejak akhir2 ni...so ni new update..aku da tambah beberapa penghuni baru kat reban kitorang..so kat bawah ni gambar diorang..



ni anak ayam gajah yang angah beli kat Tanjung Malim..2 eko lagi amek kat umah atok kat Ulu Slim.


yang ni pon die beli kat tapah gak..Ayam kacukan hutan katenye..entahlah..hehehe


ayam2 td


Ayam arab yang aku beli kat Pak Teh Agro..


Ayam gajah ni kene kuarantin sebab die makan bulu membe die..sampai berdarah2 bontot membe die tu..truk btol!!

Tuesday, December 29, 2009

sedih sedih

salam semua..aku dapat berite sedih lagi..Abu da mati!!! mak kate maybe termakan tikus yang kena racun coz kucing itam yang abah slalu bagi makan pon mati..sedihnye!!!! sape la yang da racun tikus tu..kalau da racun, pandai2 la tanam..bayangkan kalau ayam aku yg makan tikus 2..x ke naye!!!! kesian Abu..Yang paling kesian adik aku yang bonsu..die la yang ske maen ngan Abu..hmmmm...





ni la gambar Abu..mase nk mati mak aku kate mulut die berbuih..telinge ngan idung kuar air..cian die..

Monday, December 28, 2009

Gambar reban baru n gambar ayam terbaru

Berikut adalah reban sementara yang aku bina bersama adik2 aku untuk menempatkan 10 ekor ibu ayam (5 ekor ayam kampung kacuk, seekor ayam israel, seekor ayam selasih dan 3 ekor ayam kampung ori) dan seekor penjantan kacuk..reban ni sementare je sbb tgh tunggu reban yang besar siap..berikut adalah sebahagian daripada gambar ayam dan reban aku..


anak ayam ni sold out

yang no ader lagi..x jual sbb da besar..


yang ni jual 3 eko RM 10..umur sebulan..ade lagi 20 eko..


same ngan atas


same


ayam baru menetas minggu lepas..da sold out


sebahagian telur dalam incubator..x banyak dapat kali ni..ayam da mengeram n stop bertelur..tp minggu lepas banyak gak..dekat seratus masuk sekali gus..kitorang wat pengeluaran seminggu sekali dalam kuantiti yang x lebih seratus ekor seminggu..x cukup induk n telur..hehehe


ayam kacuk n selasih dalam reban sementara yang baru dibina 2 minggu lepas


penjntan kacuk ngna ibu kacuk dalam reban sementare


yang kuning kat depan 2 ayam kampung ori..


ibu kacuk


botak ni aku ngan angah beli kat pasar


jantan botak n ibu kampung ori


ayam kacuk..nk wat ibu..lg 2 bulan da bole bertelur da  ni..


ni ader 6 eko..4 jantan..stock lame yang x abes..sebenarnye ade orang reserve tp x jd amik..so bela sampai besar je la..


ni umur sebulan setengah


telur baru kutip..seminggu dapat dalam 80 biji ke seratus biji..tp campur2 la..botak sikit, ori sikit, kacuk sikit


yang ni da sold out gak..pelanggan tetap da amek..


die rembat gak yang ni


ibu sabung


kene kurung sbb nak mengeram



anak ayam


reban sementare


ni je tinggal ayam aku nk wat penjantan..yang laen da kene jual


botak dan aweknye


satu-satunya ibu botak yang ader


anak ayam jari lebih..sold



ni la rupe anak ayam jari lebih..hehehehe..mle2 xnk jual..last2 porang 2 nk bli mahal..jual je la..hahaha


so cukup la kot..wat mase ni xde stok anak ayam untuk dijual sbb pelanggan tetap aku da rembat semua..asal menetas je die rembat..hahaha..alhamdulillah la die nk bli ye x? hehehe..skang aku dalam proses menambahkan induk..esok dapat 10 eko betine plus seko jantan ayam arab yang aku tempah dari Pak Teh Agro Farm..then ingat nk tmbh lg ibu kacuk yang sedia ada..nk wat pengeluaran anak 300 eko seminggu pasni..