Alhamdulillah..Sabtu lalu aku berjaya juge mengatur pertemuan dengan pembuat incubator milik aku iaitu Abg Bedin..lokasinya adalah di rumah buruk aku ni..pada mulanya mmg agak keberatan untuk mengajak tetamu ke rumah..bukannya apa..rumah aku serba kekurangan dan tak cantik..hehehe..tp abg Bedin x pedulikan semua tu..hehehe..Thanx Abg Bedin..
Tujuan Abang Bedin ke rumah aku adalah untuk memberikan sedikit penerangan kpd seorang pembeli Incubator abg bedin di Kuantan. Pertemuan ini dirancang oleh Abg Bedin. Sebenarnya ada 2 org lagi rakan aku yang berminat untuk menyertai lawatan abg Bedin ni..tp kerana ada tugas lain, mereka terpaksa membatalkan niat mereka..Sekitar jam 2.30, abg Bedin dan En Din telah sampai ke rumah buruk aku..mengelabah gak wat air..hehehe..maklumla..mak g kenduri la plak..then kami terus menuju ke tempat aku letak incubator iaitu bilik study ku dulu..sekarang kosong je..xde org gune pon..hehehe..so aku letak la incubator berkapasiti 300 biji telur yang aku beli kat abg Bedin dulu..letak kat luar rumah kang x pasal2 kene rembat plak..hehehe..
bile tengok incubator dalam bilik, terkejut beruk En Din..die hairan aku letak dalam bilik je incubator tu..aku pon cakap la, kalu ltk kat lua, kene curi le jawabnye..selepas itu aku, Abg Bedin dan cik Din duduk berbual dan berbincang..Abg Bedin mencadangkan supaya aku, Cik Din dan penternak lain di Kuantan membuat satu jaringan penternak di Kuantan..satu idea yang telah lama aku usahakan namun masih belum membuahkan hasil..bukannya apa, aku telah cuba beberapa kali membantu penternak lain mencari pasaran dan membentuk jaringan penternak namun tiada komitmen yang diberikan..aku juga sedang berusaha untuk membentuk satu persatuan penternak Ayam yang terdiri daripada pelanggan dan pembekal anak aym di Kuantan namun kesuntukan waktu membataskan pergerakan aku..sekaramng cuma ade 3 hingga 4 org yang begitu komited untuk mnjayakan rancangan aku ni..insyaalah..aku akn membantu segala yang terdaya..
Berbalik kepada lawatan abg Bedin dan En Din, selepas lebih 3 jam berbual, kami melawat reban aku..skali lagi aku terasa segan dan malu kerana reban aku yang menggunakan sistem flock yang dicadangkan oleh Abg Bedin semasa aku membeli incubator dulu tidaklah secantik mana..maklumlah, kesuntukan masa menyebabkan adik aku tidak dapat menyelia reban tersebut dengan baik..tetapi aku cukup berbangga kerana adik bongsu aku yang suatu ketika dahulu tidak mahu menyentuh ayam langsung berusaha gigh untuk menjayakan projek ini..dialah nadi kepada projek aku ni..kalau xde die, susahla..aku balik seminggu sekali je..thanx Am..
Kemudian, Abg Bedin dan En Din meminta diri..aku sangat berterina kasih kepada Abg Bedin dan En Din kerana sudi datang ke rumah aku yang tidak eberapa ini..kat bawah adalah post abg Bedin mengenai lawatan beliau ke rumah aku..
Sunday, February 28, 2010
Sebenarnya Ramai Juga Rakan Penternak Unggas Di Pantai Timur
Selamat berkunjungan ke Blog Medanusahawan teman-teman sekelian!
Eh! Anda memang nak ke site ini ke atau memang anda terlepas ni? Samada anda tak sengaja terdampar di laman ini atau memang anda sengaja menjengah, kedua-duanya saya terima. Meh sini kita kongsi apa yang patut!
Hahaha! Kali ini kita kongsi cerita pasal apa ek???...Pasal apa lagi kalau bukan pasal inkubator.
Saya sekarang berada di Terengganu Darul Iman. Semalam saya seharian berada di Kuantan, Pahang setelah bertolak seawal jam 8 pagi dari Puchong, Selangor. Maklumlah menaiki kereta murahan tidak sama dengan menaiki kereta berkelas Eksekutif seperti Mercedes, BMW atau Honda Accord. Jadi kena lah bertolak awal-awal, kalau tidak, mana dan nak jumpa pelanggan. Apapun, aku masih berterima kasih kepada cabut ini, dengan sebab cabutnyalah aku boleh pergi ke mana sahaja di seluruh Malaysia tanpa ragam. Tiada masalah.
Destinasi yang pertama ialah untuk bertemu seorang pembeli inkubator baru bernama En. Jamaludin yang berkerja di Sekolah Menengah Sains Kuantan. Tetapi semalam hari cuti, jadi terluanglah masa untuk bersembang2 pasal ternakan ayam. Sekali dilihat tidak pula macam penternak ayam En. JAmaludin ni. Hensem semacam jer, orang pejabat katakan! Yang herannya sempat pula dia menternak pelbagai ayam. Baru sahaja di menjual ayamnya berjumlah 400 ekor. Wow! Tulah kata orang bijak pandai. Dont just judge the book from the cover.
En. Jamaludin mempunyai ternakan hampir 2,000 ekor ayam, sebahagian besarnya ialah ayam kampung (orang luar panggil ayam sabung/laga). Tapi bagi kita di Pantai Timur ini, inilah ayang dikatakan sebagai ayam kampung. Ayam laga, tetap ayam laga juga. Hampir keseluruhan 2000 ekor ayam itu dilepas di kawasan yang berkeluasan hampir 3 ekar setengah. Cuma di akhir-akhir ini kata En Jamaludin (aku panggil Abang Din saja) berkata telor ayam sekarang ini susah sikit untuk menetas. Tak tau sebab sebenarnya. Akan tetapi dia telah terbuka hati untuk menggunakan penetas telor yang berfungsi automatik. Dia terjumpa blog medanusahawan setelah dia menyuruh anaknya membuat google search. Lantas dia melewati blog medanusahawan dan kami merancang untuk berjumpa di Jaya Gading.
Kenapa Jaya Gading Kuantan? Kerana aku ada seorang pemilik inkubator Niche MI-103 di situ iaitu En. Farizul. Jadi aku telah membuat temu janji untuk berjumpa Farizul sambil memperlihatkan kepada En Jamaludin inkubator yang sebenar. Terperanjat En. Jamaludin setelah dia melihat inkhbator MI-103 ini hanya diletakkan di dalam salah satu bilik tidur di rumah keluarga Farizul begitu bersahaja. Macam tak percaya En Jamaludin. Dia menjangkakan inkubator itu sesuatu yang komplikated, maka ianya akan disimpan di kawasan reban. Sebenarnya En. Jamaludin sudah menempah 2 set inkubator Model MI-103 dan aku berjanji untuk menghantar 2 unit tersebut pada hari Khamis 4hb Mac 2010. Penghantaran ini juga akan disekalikan dengan pesanan yang dibuat oleh En. Farizul sendiri iaitu 1 set inkubator model MI-203 dan satu set Hatcher Model HM-105.
Asalnyanya aku tiba agak awal di Jaya Gading. 2 jam lebih awal berbanding dengan masa yang aku janjikan iaitu sekitar jam 12:30 tengahari. Jadi aku pun pegi makan dahulu (sebab belum brekfast lagi), dan setelah itu berhenti untuk solat di Masjid Al-Makmur Kuantan. Bagus masjid tu, sejuk dan nyaman di dalamnya.
Semasa pertemuan tersebut, Farizul bertemankan adik bongsunya (form six student). Semuanya minat ayam. Orang tuanya tiada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin. Kami sempat bertukar2 fikiran dan pandangan berkaitan kebaikan, kelemahan dan juga perkara-perkara baru yang perlu untuk dibuat nilai tambah. Pelbagai! Kami juga secara sepintas lalu dan secara rawak berbincang beberapa pendekatan untuk kita saling mengenali antara penternak-penternak unggas yang berhampiran di sekitar Kuantan. Rupa-rupanya ramai lagi yang berkecimpung dalam bidang ini. Cumanya pendekatan mesti diambil dan diolah untuk membolehkan jaringan penternak unggas yang lebih tersusun.
Sering apabila kita berbincang ada saja sesuatu yang baru. Ada pihak sentiasa terlebih stok, manakala sebahagiannya pula sentiasa tidak cukup stok. Permintaannya agak tinggi dan sesetangahnya menghadapi maslah penjualan samada anak ayam atau ayam dewasa yang terlalu murah, iaitu di bawah harga pasaran. Perkara inilah yang mesti dikawal, supaya tiada elemen-elemen cantas mencantas antara satu sama-lain.
Tetapi siapakah yang akan mempedulikan perkara-perkara sedemikian?
Setelah pertemuan berjalan hampir 3 jam, masa untuk kami berpisah telah. Terasa segan pulak, dah Orang muda ni bersusah payah menjamu air untuk kami mebasahkan tekak, emak pula sibuk memasak mi goreng lagi untuk kami. Lepas itu En Farizul membawa kami melawat reban-reban yang terdapat di sekitar rumah orang tuanya. Orang tuanya pun ikut sekali. Bagus orang tua Farizul, suka sembang dan nampaknya sungguh memberi galakan kepada Farizul. Antara yang paling aku minati ialah melihat ayam-ayam Arab. Ayam-ayam Arab itu dibekalkan oleh Pak Teh. Itulah pertama kali aku kenal ayam arab. Jangkaan aku selama ini Ayam Arab tu besar saiznya. Ternyata meleset.
Aku dan En Jamaludin meninggalkan rumah Zul dan ayam-ayamnya dengan satu harapan. Harapan untuk melihat penternakan ayam kampung Farizul menjadi semakin hebat dan juga Fariuzl dapat membantu membuat jaringan penternak memandangkan Farizul terselah sekali dapat mengawal harga pasaran selaras dengan harga pasaran yang di luar sana. Barulah seimbang. Tidak seperti bapa saudara aku yang menjual harga ayam Belandanya dengan harga yang begitu murah.
Aku minta maaf. Bukan niat aku untuk memaksa penternak menjual dengan harga yang mahal-mahal, akan tetapi keselarasan harga. Sekiranya terlalu murah, bukan sekadar merosakkan harga pasaran, malah, dalam jangka masa panjang, penternak akan menghadapi masalah. Masalah ini tidak mungkin timbul diperingkat awalan.
Pun begitu, aku bersyukur juga, kerana aku telah melihat banyak pembaharuan minda telah berubah di kalangan penternak. Mereka telah membuat anjakan paradigma yang sepatutnya dalam mendepani pelbagai cabaran penternakan untuk mereka bersaing di pasaran terbuka. Sudah tentu menggunakan operasi automatik akan lebih meningkatkan produktiviti. Tambahan pula aku memang telah pun mempertingkatkan kualiti pembuatan mesin penetasan telor keluaran aku ke tahap yang cukup meyakinkan.
Yang pasti usaha aku tidak akan berhenti di sini. Akan aku pertingkatkan lagi usaha untuk lebih berinnovasi dan berteknologi. Aku sudah bariskan beberapa produk untuk diketengahkan kepada penternak. Hanya masa sahaja yang menentukan.
Aku kepenatan! Aku bersaorangan! Tapi sekurang-kurangnya penat aku semakin terubat setelah aku mempunyai seorang rakan yang boleh dipercayai yang membantu aku membina dan membuat inkubator ini. Sudah tentu isanya di Pantai Timur, di Terengganu
No comments:
Post a Comment