Tuesday, July 19, 2011

ayam sutera dan ayam mutiara

berita kurang gembira..
anak ayam sutera & anak ayam mutiara aku sumenye mati..
ssh btol la nak jaga anak ayam ni..
induk betina ayam mutiara aku yang menghasilkan anak tu pun dah mati dua2 eko..
skrg ayam mutiara aku yang lain dah tak btelo lagi, xdptla nak biakkan ayam mutiara ni..
xder rezeki lg kot.. 
nasib baik ayam sutera aku giat btelo, aku pun nak cari ayam sutera betina yang warnanya selain warna putih sbb  nak bg kawan dgn ayam sutera putih jantan aku yang terlebih sekor, ksian lak aku tgk ayam 2 xde kawan..

Monday, June 6, 2011

ayam sutera

berita gembira, mak aku cakap ayam sutera aku dah menetas dua ekor..
tak sabar nak tunggu die besar..
alhamdulillah..

Saturday, May 21, 2011

Tempat Baru..Permulaan Baru

Salam..rasenye semua orang dah tau yang Hassan & Sons Farm akan berpindah..cumanya masa untuk pindah terpaksa ditunda atas sebab2 tertentu..hehehehehe..so layan la gambar tempat baru..skang uma tgh renovate..pagar dah siap agaknya..next week mungkin aku dan adik aku akan naikkan reban..hehehe..



 kat tanah atas ni la kitorang nak buat 8 buah reban dan 1 buah rumah inkubator dan rumah untuk anak ayam..hehehehehehe

Tuesday, May 3, 2011

ayam mutiara dan ayam sutera

ada berita sedih..
ayam mutiara aku sekor yang betina yang sedang bertelor, mati sbb bute kene gigit nyamuk..
x de rezeki npknyer..
berita gembira..
= telo ayam mutiara yang aku masukkan dalam incubator dah menetas 2 eko, jd lah..
= ayam sutera aku plak, mak aku ckp dah banyak btelo n dah ltk dalam incubator, x lm menetas la 2..
= ayam jambul aku plak baru tetaskan anak 6 eko, npk kpale anak die mcm ade jambul, tggula lg sebulan baru npk jelas..

Sunday, May 1, 2011

induk ayam kampung untuk dijual

ada sebanyak 20 ekor induk ayam kampung untuk diletgo..rm 25 seekor..maklum la..dah nak pindah..bole pilih sendiri..contact 017-9333608

Sunday, April 24, 2011

nyamuk oh nyamuk

angkara nyamuk..
sekarang ni ayam ayam aku banyak yang buta dua dua belah mata akibat diserang nyamuk yang berbisa..
apabila buta, ayam aku tidak dapat makan dan akan menyebabkan kematian..
antara ayam yang telah terkena ialah anak anak ayam bulu balik, ayam mutiara betina dan anak anak ayam yang lain..
ini mengakibatkan aku tidak dapat menambahkan stok anak ayam bulu balik dan juga ayam mutiara aku dah berhenti betelo..
sesiapa rakan blog yang ada cara untuk sembuhkan mata ayam yang terkena gigitan nyamuk, kongsi kongsila petuanye kat aku.. sekian..

Tuesday, April 12, 2011

ayam mutiara jenis lavender

salam..
sekarang aku tgh mencari ayam mutiara lavender..
sape2 yang ade stok, roger2 la aku..
(area k.l, selangor, putrajaya, kuantan pahang)

Sunday, March 27, 2011

HARGA TERKINI ANAK AYAM

Kerana kos makanan ayam seperti dedak dan kos elektrik yang semakin meningkat, aku tepaksa menaikkan sedikit harga anak ayam aku bg menanggung kos tersebut.. Kepada pelanggan pelanggan setia aku, aku mintak maaf kerana terpaksa menaikkan sedikit harga anak ayam aku.. harap faham..


HARGA BARU ANAK AYAM SEPERTI BERIKUT..
(HANYA DI KUANTAN PAHANG, PUTRAJAYA, SELANGOR DAN KUALA LUMPUR SAHAJA)

ANAK AYAM KAMPUNG ORIGINAL..
umur 1 minggu = Rm 2.70 seekor
umur 2 minggu = Rm 3.00 seekor
umur 3 minggu = Rm 3.60 seekor
umur 4 minggu = Rm 4.00 seekor

ANAK AYAM KAMPUNG KACUK / BOTAK..
umur 1 minggu = Rm 2.10 seekor
umur 2 minggu = Rm 2.50 seekor
umur 3 minggu = Rm 2.90 seekor
umur 4 minggu = Rm 3.50 seekor
(stok tak selalu ada)



ANAK AYAM BULU BALIK..
umur 2 minggu = RM 15.00 / ekor
umur 3 minggu = RM 20.00 / ekor
umur 4 minggu = RM 25.00 / ekor
umur 5 minggu = RM 30.00 / ekor
umur atas 3 bulan = RM 60.00 / ekor



ANAK AYAM ARAB (bergantung pada stok)
umur 1 minggu = RM 3.50 / ekor
umur 2 minggu = RM 4.70 / ekor
umur 3 minggu = RM 6.00 / ekor
umur 4 minggu = RM 8.00 / ekor
umur 5 minggu = RM 10.00/ ekor
umur atas 3 bulan = RM 30.00 / ekor
(stok tak selalu ada)

BERMINAT CONTACTLAH AKU = 017 - 9333608..

Tuesday, March 15, 2011

BERITA GEMBIRA........

semalam mak aku msg, mak aku ckp dalam reban ayam mutiara aku ada 2 bijik telor..
haha bestnyer..
tp mak aku ckp, telo die kecik je, mgkn sbb kali pertama betelo..
tp xpelah asalkan bertelo..
hrp2 betelola byk2..

Thursday, March 3, 2011

ayam bulu balik

alhamdulillah ayam bulu balik aku semakin membiak dan menghasilkan beberapa baka baru..
antaranya......................

 hari tu ayam arab botak.. sekarang ayam botak bulu balik la plak..  haha mana nak dapat ayam bulu balik baka macam ni.. ada 2 ekor dan mintak2 la jadi sepasang....

ayam bulu balik warna hitam.. ada 3 ekor.. kire ok la 2...

Monday, February 28, 2011

INCUBATOR

ni la hasil usaha adik aku..

 setelah di kaji, incubator y petame hr tu, adik aku dah mengubahsuai dan meng upgrade incubator die.. daninilah hasilnya..
adik aku mencuba hasilnya.. die letak beberapa bijik telor utk menguji peratusan penetasan telor ayam..

AYAM MUTIARA

haha ujong minggu baru ni aku bawakla balik ayam mutiara aku ke kuantan yang aku beli kat ipoh tu setelah 2 minggu menginap kat tapah..
ni la gambar diorang yang menghiasi reban aku.. layan........

 sume ada 9 ekor.. 2 ekor lg menyorok tak kene tangkap gambar..
 ha tu la ayam belanda aku.. dah besar.. 3x ganda besar dr ayam mutiara aku..
ha tgk diorang dah bekawan.. mula2 gaduh gak.. 4 ekor dominan tu kejar yang 5 ekor yang baru beli tu.. tp kejap je pastu dah bekawan baik.. tak sbr nak biakkan ayam ni..

AYAM SUTERA PUTIH

 haha macam ni la rupa ayam sutera aku.. ade 3 ekor semua..
yang depan tu betina.. dah betelo dah tu..
sekor betine n sekor lagi 2 ekor jantan da.. due2 dah bekokok..

Wednesday, February 23, 2011

Tikus oh tikus

Ni satu lagi perkara yang cukup menggusarkan aku...tikus kat u8mah aku makin nakal..dah la aku da bagi makan jagung n dedak free..tapi bak kate orang, diberikan betis nak peha pulak..dah diberikan paha nak semua pulak..

setiap hari mesti ade anak ayam aku yang kena makan dengan diorang ni..sakit hati btol..da la makan otak ayam tu je..pastu belasah sampai 2, 3 ekor satu malam. yang lagi buat aku jadi sawan bile kebanyakan yang die makan tu anak ayam bulu balik yang usia 2 hingga 3 minggu yang orang dah tempah...geram btol aku..

so aku mulakan ops tangkapa dan perangkap..hahahahaha..selama seminggu aku buat ops ni, sebanyak 21 ekor berjaya dibunuh oleh aku..seekor dibunuh oleh kucing aku bernama Bobby..kat bawah ni la rupe tikus tu..teknik yang aku guna adalah gam tikus je...

tapi sekarang diorang da tau..seko p[on da x lekat..so nak gune perangkap besi pulak..layan gambar kat bawah ni....












Ayam Mutiara Aku

Ade 9 semuanya...jantan betina xtau lerr..mule2 ade 4 je..bile aku tanye Abg Nizam, die kate 3 jantan 1 betine je. pas2 bli lagi 5 eko dari Ipoh..hahahahaha..rasenya semua betine..tapi xtau la..


Sunday, February 20, 2011

Tolong Membe & Tempat Baru

Semalam membe aku datang uma hantar kelapa..die cite yang ayam die tinggal 3 ekor je daripada beratus-ratus ayam..kesian die..last2 aku bagi die seko jantan sebab ayam die yang tinggal semua betina..harap die x cepat putus asa dan kembali menternak.

Bahaya betul penyakit sampar ni..boleh kate dah ramai yang kena kat sini..aku pun tak terkecuali..tapi nasib baik sempat vaksin..tak sampai 10 ekor yang menemui ajal..alhamdulillah..Allah masih memberi peluang kepada aku.

Aku pon sekarang ni da dapat tempat baru..tak lame lagi akan berpindah ke kampung halaman sendiri di Slim River Perak..Ayam2? aku angkut sekali..separuh mungkin aku akan jual pada kawan-kawan yang nak beli.. sekian....

incubator buatan sendiri??




hahaha..ni projek adik aku yang bongsu..kalau menjadi, boleh la tolong2 membe pasni...

Saturday, February 19, 2011

ayam mutiara lagi





daripada info en anizam dari anizam agro farm, die bagitau yang ayam mutiara aku 3 jantan n 6 betina..
haha x sbr nak biakkan ayam ni.. terima ksh en anizam..




Friday, February 18, 2011

ayam mutiara

sekarang ayam mutiara aku dah jadi 9 ekor..
tapi aku masih lagi tak tahu jantina ayam mutiara tu..
jadi kalau ada sesiapa yang tahu, tolonglah aku..
bagitau macam mana jantan dan macam mana yang betina..
kalau letak gambar dalam blog utk tunjukkan perbezaan jantan dan betina lagilah ok..
terima kasih..
AYAM MUTIARA LAVENDER
aku juga mencari sekor ayam mutiara betina jenis lavender yang dah matang atau ayam mutiara dada putih betina yang dah matang..
sesiapa yang ingin jual, silalah contact aku..
tapi harga janganlah mahal2 sangat..
terima kasih..

Thursday, February 17, 2011

AYAM BELANDA

kesian, ada sekor je ayam belanda jantan kat umah aku..
aku bagi kawan dengan ayam mutiara.. haha..
dah dewasa dah.. cantikk,....

AYAM BULU BALIK HITAM

 ni lah gambar ayam bulu balik yang aku baru beli dan menghiasi reban aku.. mahal ooo aku beli ayam ni..
harap boleh biakkan ayam bulu balik warna hitam pulak sbb susah nak cari warna hitam ni..

TAWARAN DI BUKA KEMBALI

AYAM BULU BALIK
ayam bulu balik aku pulak semakin membiak dan banyak permintaan..
sesiapa yang nak bolehlah contact aku,
kalau ada stok aku akan cuba penuhi permintaan..
sekarang ada stok dalam 20 ekor anak ayam bulu balik..
HARGA :
umur 2 minggu = RM 15.00 / ekor
umur 3 minggu = RM 20.00 / ekor
umur 4 minggu = RM 25.00 / ekor
umur 5 minggu = RM 30.00 / ekor
BERMINAT CONTACTLAH AKU..

AYAM JAMBUL
haha satu-satunya ayam jambul yang aku ada dah bertelur..
tak tahulah boleh jadi jambul ke tidak anaknyer nanti..

ayam mutiara

dah lama tak update..

AYAM MUTIARA
baru2 ni aku beli lagi 5 ekor ayam mutiara kat ipoh perak..
dah dewasa dah ayam tu..
kat bawah ni la gambar dia..


AYAM SUTERA
baru2 ni ayam sutera aku dah pun bertelur..
baru 2 bijik je telur dia..
tak sabar nak biakkan ayam sutera dan mutiara ni..

Thursday, December 16, 2010

Terima Kasih Daun Keladi

Salam semua...kali ni aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan aku yang telah menyapu bersih anak ayam terakhir aku untuk tahun ni..

Untuk Abg Yem aku ucapkan terima kasih kerana sanggup bantu aku mase aku xde mase nak pasarkan anak ayam aku bulan lepas sebab sebulan x balik Kuantan kerana bebanan tugas yang berlambak kat opis dan out station 2 minggu.

X  lupa kepada Abg Zul sepang yang baru-baru ni telah membeli 110 ekor anak ayam daripada aku. aku harap kami dapat berurusniaga di kemudian hari.

Juga kepada Abg Azlan yang banyak membantu dari segi ubat-ubatan dan juga peluang perniagaan.

Terus terang aku cakap kenaikan harga makanan ayam terutama jagung dan dedak amat dirasai oleh aku sebagai penternak kecil. Hal ini disebabkan aku hanya bergantung kepada bahan tersebut sebagai bahan makanan kepada induk ayam kampung aku. oleh yang demikian aku terpaksa menaikkan harga anak ayam. kenaikan harga ini juga menyebabkan ramai penternak yang tidak mahu meneruskan aktiviti penternakan mereka kerana bak kata seorang pelanggan aku, rugi lagi banyak dari untung. hmmm..

Kemudian, aku sekarang ni sedang cuba mengurangkan jumlah induk di reban aku dengan cara menyembelih induk yang sudah berusia untuk dijadikan rendang. Sebabnya adalah aku akan berpindah ke tempat baru selewat-lewatnya Febuari tahun depan. so xnak la bawak banyak sangat baka dari sini. nanti kat tempat baru nak mula balik dengan membina reban dan sistem ladang yang lebih baik daripada sekarang. 

tu je la kot untuk kali ni..semoga ternakan ayam kampung ni tidak akan terkubur disebabkan kenaikan harga makanan ayam ni..aku cadangkan kite boikot je makanan ni..try beli beras hancur dan hampas soya dan juga rumput napier sebagai makanan gantian..(ceh..cakap je pandai..buat pon belum lagi..hahahaha)..sekian..

Wednesday, December 15, 2010

Anak ayam bulu balik untuk dijual

Aku ada lebih kurang 10 ekor anak bulu balik usia seminggu hingga 3 minggu..so aku bukak untuk tempahan untuk sesiapa yang berminat..RM 15 untuk umur 2-3 minggu..tp kaler coklat la yang banyak..hehehehehehehe..bukan pe..jualan hujung tahun..nak kurangkan ayam sebelum berhijrah ke kampung di Perak..
macam ni ler rupenye anak ayam bulu balik tu...hehehehe

Saturday, November 6, 2010

ANAK AYAM BULU BALIK

Adela beberapa ekor ayam bulu balik y berjaya ditetaskan secara incubator di batch y ke 3..
2 batch sebelum ni x jd sbb incubator rosak..
so lynla gmbar y sempat aku ambik..
ni puyuh baru menetas guna incubator

ni ayam bulu balik batch ke 3, ada 5ekor je..

yang baru menetas batch seterusnya adela dlm 4 eko je.. susah nak jd ayam ni..

ni puyuh dah 2 minggu