Friday, November 30, 2012

gambar pelbagai ayam

ayam jambul 2
ayam bulu balik betina
ayam bulu balik jantan hitam
ayam jambul 1

Thursday, November 29, 2012

Khasiat Ayam Mutiara








KITA mungkin biasa mendengar ayam kampung, serama dan ayam Belanda. Tetapi tidak ramai yang mengenali sejenis lagi ayam yang tidak kurang hebatnya iaitu ayam mutiara atau api-api.




Hebatnya ayam yang berasal dari benua Afrika ini bukan kerana bentuk fizikalnya - kelabu berbintik putih dan bertanduk kecil atau kerana kokokan yang nyaring hingga layak digelar ‘polis ladang’ termasuk menghalau ular, tetapi kerana nilai komersialnya yang tinggi berikutan dagingnya yang berkhasiat dan rendah kolesterol berbanding ayam daging.



Di negara Barat misalnya, juadah ayam mutiara yang beratnya boleh mencecah 1.6 kilogram ini, amat popular kerana baik untuk kesihatan, sekali gus menjadikan harganya tinggi. Tidak kurang dakwaan yang mengaitkan telurnya mampu meningkatkan hubungan kelamin.



Menyedari kehebatannya serta nilai komersialnya baik sebagai haiwan ternakan dan makanan yang mendapat permintaan restoran dan hotel, dua sahabat, Kapten (B) Kamarulzaman Bachik dan Mohammad Zulkiffly A Rahman, berganding tenaga mengusahakan ternakan ayam ini menerusi ladang milik bapa saudara Kamarulzaman yang mereka namakan Z & Z Llittlefarm di Kajang, Selangor.



“Semuanya bermula pada 2005 dan pada awalnya, kami memelihara dua ekor ayam yang cuma berperanan sebagai penjaga kebun. Ini disebabkan ayam mutiara ini sememangnya diketahui sebagai pengawal haiwan perosak secara semula jadi.

“Bagaimanapun, menyedari keunikan dan pasaran yang baik baginya, kami menternak lima ekor dan kini jumlahnya induknya mencecah 100 ekor, termasuk 10 jantan,” kata Kamarulzaman, anak kelahiran Melaka yang juga pemilik syarikat ESI Agrotech, ini.



Katanya, ayam mutiara ini juga mudah dijaga kerana kurang makan, cuma masalahnya, ia suka bertelur di tempat tersembunyi seperti di kawasan semak.



Zulkiffly pula berkata, harga induk ayam mutiara Z & Z Littlefarm ini dijual kira-kira RM80 seekor yang disifatkan lebih murah berbanding di kedai haiwan peliharaan yang menjual pada harga RM130 seekor.



Harganya itu jauh lebih tinggi berbanding ayam daging yang dijual kira-kira RM25 seekor, sekali gus menjadikan ayam mutiara ini layak dijadikan sumber pendapatan yang agak lumayan.

“Harganya subjektif bergantung kepada penawaran dan permintaan di pasaran. Dulu cuma RM35 seekor kerana tak banyak permintaan. Alhamdulillah, permintaan agak memberangsangkan kerana kami tidak putus-putus menerima permintaan. Malah, tidak menang tangan dibuatnya untuk memenuhi permintaan. Senarai menunggu pula mencecah kira-kira 30 ekor pada satu-satu masa,” kata Zulkiffly.



Permintaan tinggi itu menyebabkan dua sahabat ini turut memiliki kemudahan penetasan telur ayam mutiara ini. Seekor ayam mutiara betina mampu bertelur sehingga 30 biji pada satu-satu masa dan tempoh matangnya pula sembilan bulan ke atas atau satu hingga satu setengah tahun ke atas. Tempoh pengeraman menggunakan mesin inkubator khas, ini adalah 28 hari.



“Menariknya, kita tidak perlu tunggu lama untuk mendapat hasil kerana anak ayam berusia dua setengah bulan pun sudah boleh dijual,” kata Kamarulzaman.



Sementara itu, Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Zukifli Idrus, berkata ayam mutiara ini boleh disifatkan sebagai produktif serta tahan lasak berbanding ayam daging biasa.



“Ia mula bertelur selepas berusia setahun manakala ayam daging pula bertelur apabila ia mencecah usia 20 minggu. Tetapi ayam mutiara ini sebaliknya mampu bertelur sehingga tujuh tahun lamanya. Oleh itu kita boleh katakan antara keunikan ayam mutiara ini adalah tempoh kemampuannya bertelur,” katanya.



Keunikan lain ayam mutiara ini, kata Dr Zulkifli adalah ia lebih tahan lasak dalam keadaan cuaca panas.



“Ayam mutiara ini memang tahan lasak disebabkan asal usulnya dari Afrika Barat yang bercuaca panas. Ayam daging sebaliknya tidak tahan panas dan boleh mati.”



Ini katanya, berkait rapat dengan faktor genetik ayam daging yang sudah diubah suai berikutan kedudukannya sebagai ternakan komersial.



“Pengubahsuaian itu menjadikan ayam daging ‘lemah’ kerana keutamaannya ialah untuk memastikan pertumbuhan yang lebih cepat.”



Faktor itu juga kata Dr Zulkifli, turut menjadikan ayam daging lebih tinggi kolesterol kerana kandungan lemaknya yang banyak berbanding ayam mutiara.



“Daging ayam mutiara sebaliknya diketahui lebih sihat dan rendah kolesterol jika dibanding dengan ayam daging. Bagi setiap 100 gram misalnya, lemak dalam ayam mutiara cuma dua gram manakala ayam daging, enam gram. Ini menunjukkan kandungan lemak ayam daging itu adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada ayam mutiara," katanya.



p/s: artikel ni diambil dari blog lain..aku cume copy paste je..hehehehe

Wednesday, November 28, 2012

Aneka Jenis Ayam Mutiara

Pelbagai warna

warna grey

anak GF Grey

Lavender

anak die

pied

anak die

Coral Blue

camni upenye mase kecik

Royal Purple

upe die mase kecik camni

putih (aku belum ada lagi nih)

anak die

crest kenya (mesti mahal ni..mane nak cari pon xtau)

vulturine (dalam mudah aku tengok sampai 3k harge die ni)

Trip to Pahang (Kuantan) 9-12 Disember 2012

Aku ada trip ke Kuantan pada tarikh yang dinyatakan di atas kerana ada persidangan. oleh yantg demikian, jika ada tempahan daripada pelanggan dari pahang (Sepanjang Gombak ke Kuantan) boleh la kol aku untuk arrangement. bukan senang dah nak balik tempat lame ni. huhuhu..

Monday, November 26, 2012

gambar ayam arab kacukan sutera

                    jantan 1

                  betina 1

                betina 2





Friday, November 23, 2012

anak ayam kampung ori utk dilepaskan dan pelbagai ayam untuk di lepaskan

ada 15 ekor yang berumur 5 minggu = rm 4.50 / ekor
ada 10 ekor yang berumur 4 minggu = rm 4.00 / ekor
umur 3 minggu = rm 3.50 / ekor (stok tak banyak)
umur 2 minggu = rm 3.00 / ekor (stok tak banyak)
kalau ada sesiapa rakan ternak yang berminat call @ sms..
area slim river perak dan putrajaya..

anak ayam bulu balik pun ada..
harga bermula dari rm 15..
kalau ambil banyak boleh kautim lagi..

ayam mutiara induk pun ada.. rm 120 sepasang..
jantan rm 50 / ekor


Sunday, November 18, 2012

jualan ayam

18/11/2012

en amin dari ulu langat
- 2 ekor ayam kampong ori dara 4 bulan dan ayam bulu balik jambul betina seekor umur dalam 5 bulan..

en rashid dari klang
- 2 ekor ayam kampong ori dara 4 bulan dan 7 ekor anak ayam kg ori 2 minggu..

terima kasih diucapkan kepada pelanggan2 aku..

sekarang ada dalam 20 - 30 ekor anak ayam kg ori umur 2 - 4 minggu..
sapa2 yang minat contactla aku area putrajaya dan slim river perak..

Tuesday, November 6, 2012

Induk Ayam Mutiara biasa untuk dijual (sold)

Stok terhad. RM 65 seekor dan 120 sepasang. Sudah bertelur. Siapa cepat dia dapat

Trip to Melaka 17.11.2012

Jika ada customer dari negeri sembilan ataupun Melaka yang ingin membuat boleh hubungi saya dengan segera.

Sunday, November 4, 2012

jualan ayam

tarikh : 04/11/2012

jualan ayam

1) en zainudin dari usj
- ayam mutiara dewasa sepasang

2) en tahir dari melaka
- ayam mutiara coral blue umur 2 bulan 2 ekor, ayam bulu balik botak jantan dewasa sekor dan ayam arab kacuk sutera betina 2 ekor

3) en hamidi dari petaling jaya
- ayam bulu balik 2 minggu 1 ekor dan 1 bulan lbh sekor, anak ayam kg 2 minggu 10 ekor dan ayam mutiara jantan dewasa sekor

4) en yahya dari putrajaya
- anak ayam mutiara 8ekor

terima kasih kpd pelanggan2 aku..

Saturday, November 3, 2012

ayam bulu balik putih bersih betina

akhirnya penantian utk dptkan ayam bulu balik putih bersih ni berakhir..
aku da dpt seko yang umur dalam 2 bulan, betina lak tu..
layanla gambar dia..