Salam semua...kali ni aku nak ambik kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan aku yang telah menyapu bersih anak ayam terakhir aku untuk tahun ni..
Untuk Abg Yem aku ucapkan terima kasih kerana sanggup bantu aku mase aku xde mase nak pasarkan anak ayam aku bulan lepas sebab sebulan x balik Kuantan kerana bebanan tugas yang berlambak kat opis dan out station 2 minggu.
X lupa kepada Abg Zul sepang yang baru-baru ni telah membeli 110 ekor anak ayam daripada aku. aku harap kami dapat berurusniaga di kemudian hari.
Juga kepada Abg Azlan yang banyak membantu dari segi ubat-ubatan dan juga peluang perniagaan.
Terus terang aku cakap kenaikan harga makanan ayam terutama jagung dan dedak amat dirasai oleh aku sebagai penternak kecil. Hal ini disebabkan aku hanya bergantung kepada bahan tersebut sebagai bahan makanan kepada induk ayam kampung aku. oleh yang demikian aku terpaksa menaikkan harga anak ayam. kenaikan harga ini juga menyebabkan ramai penternak yang tidak mahu meneruskan aktiviti penternakan mereka kerana bak kata seorang pelanggan aku, rugi lagi banyak dari untung. hmmm..
Kemudian, aku sekarang ni sedang cuba mengurangkan jumlah induk di reban aku dengan cara menyembelih induk yang sudah berusia untuk dijadikan rendang. Sebabnya adalah aku akan berpindah ke tempat baru selewat-lewatnya Febuari tahun depan. so xnak la bawak banyak sangat baka dari sini. nanti kat tempat baru nak mula balik dengan membina reban dan sistem ladang yang lebih baik daripada sekarang.
tu je la kot untuk kali ni..semoga ternakan ayam kampung ni tidak akan terkubur disebabkan kenaikan harga makanan ayam ni..aku cadangkan kite boikot je makanan ni..try beli beras hancur dan hampas soya dan juga rumput napier sebagai makanan gantian..(ceh..cakap je pandai..buat pon belum lagi..hahahaha)..sekian..